Tentang Pakej
Maklumat Pakej
Tempoh
Penerbangan

Keitimewaan pakej ini
Percuma Train Sehala
Galeri perjalanan
Harga & tarikh
| TARIKH | HARI CUTI |
|---|---|
| MUSIM 2027/1448H | |
| 25 Feb 2027 | 12 Hari |
*Jadual perjalanan mungkin akan diubah oleh pemandu tempatan dengan atau tanpa notis awal disebabkan oleh keadaan yang tidak diduga.
musim biasa
| Jenis Bilik | Harga |
|---|---|
| Bilik Berdua | RM 22,890.00 |
| Bilik Bertiga | RM 18,790.00 |
| Bilik Berempat | RM 16,790.00 |
Jadual perjalanan
Kuala Lumpur – Jeddah – Makkah
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 4 jam sebelum waktu penerbangan. Selepas taklimat ringkas dan urusan daftar masuk bagasi, jemaah meneruskan perjalanan ke Jeddah.
Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Seterusnya, jemaah akan bergerak menuju ke Makkah Al-Mukarramah untuk check-in hotel dan berehat.
Malam – Program: Ibadah Umrah (Umrah Pertama)
Ibadah umrah akan dibimbing oleh mutawif.
Ziarah Dalam Makkah
Program: Ziarah Dalam Makkah
Lokasi lawatan:
Tapak Rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA, Pintu As-Salam Masjidil Haram, Bukit Abi Qubais, Tapak Rumah Saidina Arqam bin Abi Al-Arqam, Tapak Kelahiran Rasulullah SAW, Masjid Shajarah, Perkuburan Ma’ala dan Masjid Jin.
Ziarah Luar Makkah
Program: Ziarah Luar Makkah
Lokasi lawatan:
Gua Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah dan Masjid Ja’ranah. (Umrah Kedua)
Bermiqat di Tana’im / Masjid Aisyah
Program: Bermiqat di Tanaʼim, Masjid Aisyah (Umrah Ketiga)
Jemaah akan dibawa ke Masjid Aisyah di Tanaʼim untuk berniat ihram bagi yang ingin melaksanakan umrah tambahan.
Tazkirah Dhuha Muhasabah Iman
Program: Tazkirah Dhuha Muhasabah Iman di Sutuh Masjidil Haram
Sesi tazkirah dan muhasabah iman akan diadakan di kawasan Sutuh Masjidil Haram, tertakluk kepada keadaan semasa dan kesesuaian lokasi.
Makkah – Madinah
Pagi – Program: Tawaf Wada’
Tawaf Wada’ akan dibimbing oleh mutawif.
Tengah hari, jemaah check-out dari hotel dan bergerak menuju ke Madinah Al Munawwarah. Alhamdulillah, selamat tiba di Madinah dan meneruskan perjalanan ke hotel untuk check-in dan berehat.
Malam – Ziarah Makam Rasulullah SAW dan Tunjuk Arah ke Masjid Nabawi .
Ziarah Dalam Masjid Nabawi
Program: Ziarah Dalam Masjid Nabawi
Lokasi lawatan: Tapak Telaga Ha, Ziarah Makam Baqi, Tapak Kediaman Rasulullah SAW, Tapak Kediaman Para Sahabat RA, Laluan Hijrah Rasulullah SAW, Kompleks Masjid Ghamamah, Tapak Souq Al-Manakha dan Saqifah Bani Saidah.
Ziarah Luar Kota Madinah
Program: Ziarah Luar Kota Madinah
Lokasi lawatan: Masjid Quba, Ladang Kurma, Tapak Peperangan Uhud, Makam Para Syuhada Uhud, Bukit Rummah Uhud, Masjid Qiblatain (lalu sahaja) dan Masjid Tujuh (lalu sahaja).
Muhasabah Iman di Masjid Quba
Program: Muhasabah Iman di Masjid Quba
Sesi Muhasabah Iman ini akan diadakan selepas waktu Isyak. Perjalanan menuju ke Masjid Quba akan menggunakan perkhidmatan buggy.
Muhasabah Iman di Masjid Nabawi
Jemaah akan mempunyai masa untuk beriktikaf dan memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi seperti solat berjemaah, membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa.
Madinah – Kuala Lumpur
Pagi – Program: Ziarah Wada’
Ziarah Wada’ akan dibimbing oleh mutawif.
Ziarah Wadaʼ akan dibimbing oleh mutawif. Selepas itu, jemaah check-out dari hotel dan bergerak menuju ke Lapangan Terbang Madinah untuk penerbangan pulang ke tanah air.
Tiba di Kuala Lumpur
Alhamdulillah, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Termasuk & maklumat tambahan
Termasuk
Terma kanak-kanak
| Terma | Nota |
|---|---|
| Kanak-kanak tanpa katil | RM 6,000.00 |
| Kanak-kanak dengan katil Diskaun: | RM 250.00 |
| Bayi | RM 2,500.00 |
Hotel Penginapan

Mekah

Madinah









